Tuesday, August 4, 2009

Projekku lagi...

Semalam tak ada kerja dan benda nak dibuatnya, tiba-tiba terfikir nak buat projek D pula. Sebelum ini bukan aku tak pernah buat projek D, adalah dalam beberapa kali buatnya tapi masalahnya tetap sama ia tak cantik mana pon. Ok projek aku kali ini bukan air soya tapi sejenis kuih pula....
*
*
*
*
Ini lah projek D aku...Donut....akhirnya menjadi juga...

Donut lagi...resepi donut ini aku ikut dari laman web myresipi...

Sunday, August 2, 2009

Projekku menjadi...

Akhirnya projek yang ingin aku buat selama ini telah menjadi. Selama ini aku ingat susahnya nak dah buat projek ini...rupa-rupanya senang ajer itu....bahan yg diperlukan utk membuat projek aku itu ialah.......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

kacang soya sebagai bhn utama

penapis sebagai sampingannya

inilah yang aku dapat akhirnya...air soya...yg selama ini diidam-idamkan..maklumlah kat sini mana ada air soya sesenang seperti di malaysia...air soya aku akhirnya telah menjadi...senang ajer itu nak buatnya...

Friday, July 31, 2009

Bercuti di Andalusia part 1...

Cuti kali ini kami (aku dan suami aku) pergi bercuti ke kawasan andalusia. Andalusia ( Andalucía ) ini terletak di selatan sepanyol. Dalam kawasan Andalusia terdapat beberapa negeri iaitu Sevilla, Huelva, Cádiz, Córdoba, Málaga, Jaén, Granada, dan Almería. Jadi tempat yang ingin kami tujui ialah Granada dan Córdoba. Jarak antara Barcelona ke Granada 992 km. Kalau naik kereta dari Barcelona ke Granada mengambil masa dalam 9 jam 30 minit. Manakala kalau menaiki keretapi akan mengambil masa lebih kurang dalam 12 jam dan kalau menggunakan kapal terbang akan mengambil masa dalam 1 jam 15 minit.

Kami pergi bercuti hari itu pada 5 Jun hingga 8 Jun 2009. Selama 3 hari 2 malam di Granada. Kali ini kami pergi bukan berdua tetapi pergi berempat dgn keluarga aku yg datang melawat kami di sini. Kami ke sana dengan menaiki kapal terbang.

Granada Hari pertama ( 5 Jun 2009 )

Di airport barcelona..menunggu masa untuk naik kapal..inilah kapal yg kami naik untuk ke Granada...Pada pukul 07:50 am kami telah bertolak meninggalkan Barcelona...

Akhirnya pada pukul 09:15 am, kami sampai di airport Granda-Jaén dengan selamatnya...Bila sampai di airport Granada-Jaén, kami perlu menaiki bas untuk sampai ke Bandar Granada dengan tambang 3 euro untuk seorang.

Papan tanda Ayuntamiento de Granada...

akhirnya kami sampai di bandar Granada...cuaca di waktu itu berangin aja walaupon ada cahaya matahari berbeza sungguh dengan cuaca di barcelona...keadaan di granada cukup tenang berbanding dengan barcelona...

suasana di bandar Granada

plaza nueva...

alhambra di atas bukit...Jalan-jalan mencari apartment yang telah ditempah...
laluan mencari apartment lagi....

bukan hotel ini yg di cari...

Ini lah apartment yg dicari-carinya....El Almez apartment yang kami sewa sepanjang bercuti di Granada..

suasana dalam apartment...lengkap segala-galanya...ada tv, peti ais, dapur elektrik, microwave, mesin basuh, cerek elektrik, dan termasuk segala pinggan-mangkuk untuk makan 4 orang...

lampu dalam apartment...

lampu dalam apartment lagi...

apartment yang kami sewa mempunyai 2 bilik....bilik pertama...

bilik yang ke-2....


Thursday, July 23, 2009

Jalan-jalan ke butik FC Barcelona

Baru-baru ini saja-saja pergi melawat butik (botiga) FC Barcelona yang terletak berhampiran dengan stadium FC Barcelona . Maklumlah tak ada kerja nak buat, jadi saja-saja pergi jalan-jalan cuci mata dan sambil itu tolong survey kan harga baju jersey ( atas permintaan kwn-kwn) kat butik FC Barcelona.

Ini lah hasil cuci matanya...jersey baru FC Barcelona 2009/10...dpt ambil gambar ajer, jd lah lerr..



Baju kedua bagi pasukan FC Barcelona 2009/10...baju ini sebenarnya bukan warna oren tp warna mcm merah jambu atau mcm warna buah peach...warna oren ini disebabkan di bawah cahaya lampu butik...

Harga baju jersey yg kosong...

Harga baju jersey yang ada nama pemain..

Harga tulis nama dan nombor pada belakang baju jersey...